Wednesday, November 10, 2010

EKOR-PARI-PARI

hey there,

saya sangat suka awak ,saya sangat sayang awak , saya sangat rindu awak. seseorang datang dan bertanya kepada saya , " hey , camne kaw ngn die?" ,"hahaha, cam tue la." , " here some advice , tak boleh ke kaw ngn die just go through je , stop jaga2 hati yang lain.? sampai bile kaw nak camni.? sampai bile kaw buleh bertahan.?" , " heh , ntah."
sejujurnya saya tidak mampu lagi hidup hipokrit menjaga hati lain sedangkan merekamereka tidak langsung mahu menghargai semua itu. saya terpaksa menikam dan membunuh perasaan ini untuk awak dan mereka. disini saya juga tahu hidup bertepuk sebelah tangan itu tidak mudah.
sejujurnya saya ingin sekali tidak mahu menghiraukan hatihati itu, saya tidak mahu kehilangan sesuatu yang sangat saya sayang. "awak". saya ingin awak menemani saya sepanjang perjalanan ini. tapi mungkinkah?. adakah awak rasa sama seperti ini.? saya tahu hanya sendiri merasa begini. tidak mengapa.
ini sekadar fakta sepanjang perjuangan ini, hampir 6000km perjalanan saya lalui. dalam mencari hanya satu peluang dan ingin melihat awak disana. memalukan diri di hadapan awak dengan hadir biarpun awak tidak mahukan kehadiran itu. saya tahu saya bukan sesuatu yang awak mahukan hadir dalam hidup awak yang sedia sukar. maafkan saya.
saya tidak pernah kisah semua itu. saya ikhlas. sekurangkurangnya saya sudah melakukan sesuatu yang betul dalam hidup ini dan memberitahu apa yang awak patut tahu.
saya ingin bersama awak seperti pasanganpasangan lain. tapi itu hanya anganangan kini. saya sangggup menanggung risiko untuk bersama awak.tapi bukan simpati yang saya mahu. ini cuma luahan hati. saya sedar kini bahawa rasional kita tidak mampu bersama. kita terlalu jauh berbeza , rupa ,asalusul , sejarah lampau. cuma disini ingin saya nyatakan , awak yang saya sangat cintai.

sekian. =)



No comments:

Post a Comment